Assalamualaikum�.
Kehadapan ustaz yg saya hormati�saya tidak tahu..di mana ingin saya mulakan bicara ini� tetapi saya mesti menceritakn kisah ini pada ustaz supaya hati saya tenang dan mungkin dapat meredakan rasa berdosa�saya selama ini�ustaz mungkin tidak kenal saya namun saya mengenali ustaz..tak mengapalah kalau ustaz tak kenal saya pun�.
Kehadapan ustaz yg saya hormati�saya tidak tahu..di mana ingin saya mulakan bicara ini� tetapi saya mesti menceritakn kisah ini pada ustaz supaya hati saya tenang dan mungkin dapat meredakan rasa berdosa�saya selama ini�ustaz mungkin tidak kenal saya namun saya mengenali ustaz..tak mengapalah kalau ustaz tak kenal saya pun�.
Ustaz saya merupakan seorang lelaki yang mempunyai memori kehidupan lampau yg cukup menyedihkan�harap ustaz tidak bosan mendengarnya�.Saya merupakan seorang suami..kepada seorang isteri yg amat baik dan setia�.namun ustaz ..saya tidak pernah menghargai kasih dan sayangnya yang dicurahkan kepada saya�.kerana pada waktu itu �mata hati saya terlalu buta untuk membezakan yang mana kaca dan permata.
Ustaz saya telah berkahwin dengan seorang wanita yang pada asalnya tidak saya cintai�.dia seorang yang sederhana pada segi paras rupanya�.seorang yang tidak pandai bergaya �tetapi kuat pegangan agamanya�. bertudung labuh�bersopan santun.. baik budi bahasanya�. Untuk pengetahuan ustaz perkahwinan kami ini.. segala-galanya�.diaturkan oleh keluarga dalam keadaan saya masih belum bersedia�
Ustaz terus terang saya katakan yang saya sudahpun mempunyai teman wanita yg jauh lebih cantik daripada isteri saya dan kami amat menyintai antara satu sama lain�.cumanya saya akui teman wanita saya ini agak sosial sedikit dan tidak menutup aurat��Ustaz selepas berkahwin dengan isteri saya itu�jiwa saya menjadi kacau dan keliru�..saya amat marah kepada isteri saya�kerana pada anggapan saya kerana dialah saya tidak dapat bersama kekasih saya yg amat saya cintai itu.
Ustaz sepanjang kehidupan kami�saya selalu sahaja mencari jalan untuk menyakitkan hatinya�dengan harapan kami akan bercerai setelah dia tak tahan dengan kerenah saya�.namun rupanya ustaz�isteri saya ini adalah wanita yang penyabar�.pernah saya tidak balik ke rumah..dengan tujuan isteri saya akan membenci saya�tetapi selama mana lambat sekalipun saya balik ..dia akan tunggu saya dan bila saya masuk ke dalam rumah�dia menyambutnya dengan mesra dan bertanya: �Abang dah makan�?Nak saya panaskan lauk dan hidangkan makanan?�
Ustaz�pernah suatu hari saya menampar mukanya�.apabila dia bertanya pada saya��Abang dah solat?�abang tak pernah solat ke?�..Paannggg..!!satu tamparan kuat saya berikan di pipinya�.perasaan geram..marah dan rasa terhina�.bercampur ego yg menggila�Bengkak pipinya�dia menangis terisak-isak��saya ingatkan mungkin dia akan membenci saya..tetapi rupa-rupanya�..dia bersabar dan melayan saya sebagai suaminya.
Ustaz pernah suatu hari�dia ingin bermanja dengan saya�..membawa sepinggan nasi goreng yang digoreng�untuk saya �pada masa itu saya sedang berbual mesra dengan kekasih saya di dalam handphone��ketika dia ingin menyuapkan nasi kemulut saya�.saya tolak pinggan �sehingga jatuh berkecai bersama nasi goreng yang digoreng khas untuk saya�..dengan linangan air mata�.dia mengutip setiap butiran nasi goreng yang berhamburan ke lantai�
Ustaz saya bertambah lupa daratan�saya habiskan masa berhibur dan berlibur dengan kawan-kawan di luar..dengan harapan isteri saya akan lebih sakit hati dan meninggalkan saya rupanya dia tetap tabah dan bersabar�..pernah juga saya menendang badannya kerana dia menasihati saya supaya tidak mencari hiburan dengan jalan yang dimurkai Allah.
Ustaz�.pernah suatu ketika apabila keluarganya datang bertanyakan khabar dia kata dia amat bahagia bersama saya�tapi sebenarnya hanya saya yang tahu dia berbohong.
Ustaz suatu hari saya telah diberikan balasan oleh Allah�dan saya kira itu adalah balasan�apabila saya terlibat dengan kemalangan�.tulang paha saya patah dan dan sememangnya saya tidak berdaya utk bangun�.hampir lima bulan saya terbaring tidak berdaya�.ketika itulah isteri saya menjaga saya dengan setia sekali�..berak kencing saya� dia tadahkan� dia basuhkan tanpa ada rungutan atau perasaan genyi mahupun geli �.dialah yang memandikan saya�menggosok badan saya dan memakaikan pakaian utk saya�.bila saya mengerang sakit kerana kaki yang bengkak di tengah malam�berdenyut-denyut sakitnya�dialah yang bangun �..dalam keadaan mengantuk dan terhoyong hayang kerana tidak cukup tidur..dia datang kepada saya dan menyapukan ubat krim dan memberi saya ubat penahan sakit�sehingga saya rasa lega dan tertidur�.tetapi isteri saya tidak tidur hingga ke pagi��.risau saya mengerang kesakitan lagi.
Ustaz isteri sayalah yang menyuapkan saya makan�dia sendiri tidak akan makan�melainkan setelah saya kenyang�.dia akan membuatkan makanan dan minuman mengikut kehendak dan selera saya. Bila saya kenangkan kembali�.sewaktu saya terlantar sakit tiada siapa pun dari teman-teman yang setia berjoli dengan saya dahulu� datang menghulurkan bantuan apatah lagi melawat�kekasih saya..lagi lah..apabila dapat tahu saya kemalangan dan tidak boleh bangun�dia tidak mahu lagi..menghubungi saya malah meminta hubungan kami diputuskan..kononnya saya suami orang..huh..sekarang baru dia kata saya suami orang..dulu�.dialah yang menghasut dan memberikan harapan pada saya untuk membenci isteri saya� ketika itu barulah saya sedar betapa besarnya kesilapan dan dosa yang telah saya lakukan�Ustaz�..saya �kasar..kejam dan zalim kepada isteri yg menyayangi saya�.besarnya dosa saya�..amat menyesal rasanya.
Ustaz�.ketika saya boleh berjalan ..sedikit demi sedikit�dan saya beransur pulih�.isteri saya jatuh sakit�..badannya menjadi kurus kering�.tiada selera makan�terbaring..tak bermaya�..kata doktor yang merawatnya�.isteri saya jadi begitu kerana terlalu letih dan susah hati�.hati saya menjadi sebak..kerana saya tahu sayalah puncanya�.
Ustaz kesihatan isteri saya makin teruk�..mukanya makin pucat�.tetapi dia tetap senyum�.saya menangis sepuas-puasnya memohon ampun dan maaf di atas kejahatan yg pernah saya lakukan terhadapnya�.dia hanya tenang dan menjawab dia telah lama maafkan saya�.�Abang saya dah lama maafkan abang�saya sayangkan abang���berderai airmata saya hancur hati saya�.pilu bercampur sebak yang amat sangat�diikuti dengan perasaan menyesal.
Ustaz selepas itu isteri saya di masukkan ke dalam wad kecemasan�..saya menjaganya setiap hari�.saya belai rambutnya saya kucup dahinya�sambil airmata ini tidak berhenti�henti mengalir��Jangan menangis bang�.bukan salah abang�..mungkin saya ni yang tidak pandai mengambil hati abang��Berdentum�.seolah-olah hati saya disambar halilintar�saya menangis lagi�.sehingga keluarga yang datang melawat terpaksa menenangkan saya�..malah ada yang memuji saya �.kerana beranggapan saya suami yang amat menyayangi isteri�..ternyata pujian itu bagaikan sumpahan utk saya.
Ustaz�..isteri saya ada berkata�dia meminta maaf kerana tidak dapat melahirkan zuriat untuk saya..kerana masanya utk menghadap ilahi semakin hampir�.saya meraung�.merayu kepadanya agar tidak meninggalkan saya�tapi katanya�setiap yang hidup pasti akan mati�dan dia meminta saya menjaga diri baik-baik�.kerana dia tidak boleh lagi menjaga saya�.ustaz..saya menangis �sehingga saya menjadi lemah�.apabila dia mengucapkan kata kata terakhir itu.
Ustaz�tepat jam 3.00 ptg�setelah dua minggu berada di hospital�isteri saya telah pergi meninggalkan saya selama-lamanya�.dengan bebanan dosa dan jutaan kesalan yang menerjah hati ini�saya meraung semahu-mahunya�.menyesal di atas kekasaran yg pernah saya lakukan.
Ustaz jiwa saya tak tenteram�apakah Allah akan mengampunkan dosa saya ini�..apakah kekasaran dan kejahatan serta layanan buruk saya kepada isteri �.akan diampunkan Allah�.tolonglah ustaz saya amat menderita�..jiwa saya terseksa�..mungkin ini hukuman yang patut saya terima.
Masih terngiang di telinga saya pesanan akhir isteri saya..�abang�jagalah diri baik-baik�.jangan lupa tunaikan solat�.berbuat baik� takutlah kepada Allah�.dan jika bertemu dengan insan bernama isteri�.jangan berkasar dengannya sayangilah dirinya.�
Ustaz sebelum isteri saya menghembuskan nafas terakhir�dia ada meninggalkan satu nota dan sebuah lagu untuk saya dengar dan hayati�.lagu itu adalah harapan yang dia impikan dari saya tetapi tidak sempat dia nikmati�.kasih sayang yang terkandung dalam lagu itu�dia harapakan dari saya�.Di dalam nota itu dia menulis �Abang..dengarlah lagu ini dan ingatlah saya selalu�Dahulu�saya senantiasa menanti abang pulang ke rumah�Saya teringin sangat nak makan bersama abang�..mendengar cerita abang�.menyambut abang pulang dari kerja�.bergurau dan bermanja dengan abang�..memeluk abang ketika tidur�..tetapi semuanya mungkin tidak sempat bagi saya�jaga diri�..sayang abang�.selamanya.
Ustaz �.saya harap ustaz tak marah saya meluahkan perasaan begini panjang pada ustaz�.kerana inilah pesan isteri saya sekiranya saya merasa terlalu sedih�ceritakanlah pada ustaz dia tahulah apa nak buat utk tenangkan abang��Ustaz�.saya harap cerita saya ini dijadikan teladan bagi mereeka yg bergelar suami�.sayangilah isteri anda�.selama mana anda berpeluang utk berbuat begitu�janganlah terjerumus dengan kesilapan yg saya lakukan�pasti anda akan menyesal tak sudah�..
Terima kasih ustaz�.doakan saya��.
Terima kasih ustaz�.doakan saya��.
Sedih dan sebak bila baca luahan perasaan hamba Allah ini�.memang saya banyak beri ceramah motivasi dan mendengar banyak masalah masyarakat yg dihantar pada saya dan inilah yang paling sedih.yg pernah saya baca� tambahan pula lagu yg telah ditujukan isterinya itu bila dengar bertambah sebak�..dengarkanlah senikatanya��.tapi tak boleh upload lagu tu dibawah copyright�.tajuknya now and forever�
ConversionConversion EmoticonEmoticon